📋 TERMA & SYARAT LENGKAP – SILA BACA
đź›’ DUA PILIHAN PERKHIDMATAN
| Ciri | Bawah 4kg | Atas 4kg |
|---|---|---|
| Harga Asas | RM70 (sehingga 4kg) | RM17.50/kg |
| Termasuk | Sehingga 4kg makanan + beg lutsinar | Pemprosesan retort makanan |
| Deposit Hari Ini | RM70 | RM70 |
| Baki Dibayar | Di kedai | Di kedai (selepas timbang) |
| Pouch Silver | +RM3.50/pc | +RM3.50/pc |
| Pouch Transparent | +RM2.50/pc (atas 20) | +RM2.50/pc (atas 20) |
| Perkhidmatan Segera | +RM50 (1-3 hari) | +RM50 (1-3 hari) |
⚠️ Bawah 4kg: Jika hantar kurang dari 4kg, jumlah kos tetap RM70.
⚠️ Atas 4kg: Harga akhir berdasarkan berat sebenar yang ditimbang di kedai.
📝 CARA TEMPAHAN BERFUNGSI
Pilih perkhidmatan (Bawah 4kg ATAU Atas 4kg)
Beritahu tentang makanan di ruangan remarks
Pilih temujanji tarikh dan masa
Bayar deposit untuk tempah slot
Datang ke kedai dengan makanan BEKU & berlabel
Kami timbang makanan dan kira harga akhir
Bayar baki – kami mula proses
Apa berlaku semasa anda tiba:
Kami timbang makanan bersama (anda boleh lihat)
Kami sahkan jumlah beg yang diperlukan
Kami kira jumlah akhir
Anda bayar baki
Kami beri invois akhir
🍲 KELAYAKAN MAKANAN
âś… Sesuai untuk retort:
Makanan berkuah (kari, gravy)
Ayam (tanpa tulang atau tulang tajam)
Daging lembu (potongan biasa – BUKAN tenderloin/wagyu/steak)
Makanan laut (udang, sotong, tenggiri/tongkol)
❌ TIDAK sesuai untuk retort:
Bihun, mee, kuey teow | Kuih & kek | Sayuran berdaun hijau
Telur | Pastri & pai | Makanan goreng | Buah-buahan
Nasi, spagetti, pasta (kami terima tapi mungkin tidak tahan lama)
⚠️ Untuk udang: MESTI buang bahagian kepala/badan yang tajam untuk elak beg bocor.
⚠️ Untuk santan: Guna santan kotak untuk elak pecah minyak.
⚠️ Untuk ayam/daging: Potong kecil dan sama saiz untuk pastikan masak sekata.
⚙️ NOTA PROSES PENTING
Perubahan Kualiti: Selepas retort, warna, rasa & tekstur akan berubah – ini normal.
Keadaan Makanan: Mesti dihantar BEKU. Label setiap jenis makanan dengan jelas.
Kadar Kejayaan: Retort tidak 100% berjaya. Sesetengah beg mungkin gagal (bergelembung, pecah, hancur).
Tempoh Kuarantin: Tunggu 7-14 hari selepas retort. Jika beg bergelembung, BUANG – JANGAN MAKAN.
Tiada Refund: Jika retort gagal walaupun kami patuh SOP, kami tidak beri refund. Kami telah pun memproses makanan anda.
Temujanji Wajib: Anda MESTI buat temujanji sebelum menghantar makanan.
📊 CONTOH HARGA
| Senario | Kiraan | Jumlah |
|---|---|---|
| 4kg, 20 Pouch Transparent | RM70 | RM70 |
| 6kg, 25 Tansparent Pouch | RM70 + (2kg Ă— RM17.50) + (5 Ă— RM2.50) | RM117.5 |
| 4kg, 20 Pouch Silver, Urgent | RM70 + (20 Ă— RM3.50) + RM50 | RM190 |
đź“‹ PANDUAN RUANGAN REMARKS
Sila senaraikan makanan anda dengan jelas di ruangan remarks. Sertakan:
Jenis makanan (contoh: Kari Daging, Kari Ikan)
Berat (anggaran kg)
Saiz Pouch (jika spesifik)
Sebarang permintaan khas
Contoh:
1. Kari Daging – 2kg (Pouch Transparent 50g) 2. Kari Ikan – 2kg (100g Pouch Silver)
Ini membantu kami bersedia untuk ketibaan anda.âś… PERSETUJUANDengan meneruskan tempahan anda, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan SEMUA terma dan syarat di atas.
📞 HUBUNGI
Siti: +60 12-540 0263